Followers

Saturday, August 11, 2012

Oh My Dinner!...

Entri malam ni, entri dalam Bahasa Melayu aku yang ntah campuran rojak apa ntah dah sekarang ni. So, don't ask me why sebab tetiba ja aku rasa nak pakai Bahasa Melayu la pulak untuk entri merapu aku malam ni.

Hmmm.. pikir jap, nak pakai Bahasa Melayu Sarawak ka, Bahasa Melayu Sabah ka, Bahasa Melayu Semenanjung? Hmmphh... Tiapa, sya kasi rojak semua. Biar jadi 1Malaysia. Huahahahaha.. Konpem nangis student aku kat SMKBI kalau dorang terjenguk entri ex-cikgu BM dorang ni lepas ni. Apa nak buat, cikgu dah bukan cikgu Bahasa lagi dah. Lama dah jadi cikgu pencen. (*_^)

After balik dari office hampir-hampir jam 6 petang, aku terus pergi gereja. Takut esok tak sempat nak pergi sebab ada temujanji dengan kawan dari US. Jadi, aku buat keputusan nak pegi jugak Sunset Mass petang tadi.

Ingat tek mok agak supermarket mok beli sikit makanan key makan malam tok sekali nangga tutup plak Su Chong Supermarket ya. Lupak indah aku sidak tutup ari 6 sebab sidak ramey pekerja SDA rasanya. Sidak SDA tok sembayang Sabtu bah.

Perut sya lapar sudah. Mau melepak sana kedai satuorang, suda jam 8 malam ni. Gila la, malam-malam di kedai makan sana Goshen especially kalau kedai Cina ramai orang minum sampai mabuk-mabuk. Jadi sya pegi juga la menapau makanan. Tengah sya pilih-pilih tu nasi campur, 2 sayur sama ayam masak kicap bijan, tetiba sya nampak tu pelayan pigang Budweiser. Adeh, ari empat ka tu sya sama kawan sya dinner di kedai ni juga, kami mau minum Tiger tapi teda ni. Terus sya rasa mau moginum la pulak ni. Ha ha ha ha.. Terus sya bilang sama tu boss cina yang ambil order sya, "Tauke, tu Budweiser berapa sebotol?" Dia bilang RM6. Sya pun apa lagi, "Tauke, sya tapau nasi campur sama sebotol Budweiser ya!"... Bah, itula dinner sya ni malam. Jumlah ongkosnya, Nasi Campur RM6, Bud RM6, totalnya RM12. Makan di mana? Di rumah la bah... Syiok sendiri... Satu satu urang di...

Selamat Menjamu Selera!!!
---
Dari Dapur Tidak Berasap,
Little Rose

1 comment:

Powered by Blogger.