Makan Amal SYPS

Kali ni biar entry cakap dialek Sabah. Ramai orang silap, dorang ingat sya orang Sabah bila dingar sya bercakap sebab slang Sabah sya kunun pekat suda. Pa boleh buat la kan. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Lebih kurang begitu la itu cuma saya bukan binatang... Huhuhu.. *Apakah?*...

Actually mau cerita sikit pasal Majlis Makan Amal Gereja Katolik St. Yohanes Pembaptis, Sipitang bah ni. Tadi adalah last miting kami untuk persiapan makan amal ni. Tujuan makan amal ini dibuat untuk mengumpul dana bagi pembaikian dewan gereja. Sudah meretak bah sana sini. So, kena la mencari ikhtiar supaya pembaikian dapat dibuat segera. Sorry la sya nda ada gambar la mau kasi share sama kamu urang ni di sini. Sio noh. Dingar sya membebel ja la ni kan. Okay, ni details tu events ah:
Tarikh: 30hb Oktober 2010 (Sabtu)
Tempat: SFI Motel, Sipitang
Masa: 6.30 petang 
Ini adalah acara tertutup dan terbuka untuk umat Katolik tapi kalau ada umat dari denominasi lain pun dialu-alukan juga untuk turut serta. Teda halangan bah tu. Cuma menurut laporan terkini tadi ada lebih kurang 6 tiket berharga RM50 ja lagi yang tinggal. Kebanyakan tiket sudah kena jual. Ini last minit promotion suda bah sya ni. Acara termasuk la, slideshow keadaan dewan and tujuan makan amal, jualan barangan kraf, bidaan beberapa jenis barang, persembahan artis jemputan, lagu tajaan (yg nyanyi tu nanti si Bishop and Father2). Lebih kurang begitula acara-acara yang akan dijalankan tu malam nanti.

Rasanya, tu ja la mau share2 pasal tu makan amal. Kalau ada sebarang pertanyaan, email ja saya kunun la.. Last minit suda kan tapi tiapa mana  tau ada juga yang tergerak ati mau turut serta kan.

Selamat berhari minggu dan salam damai buat semua rakan2 bloggers ku sekalian. God bless and have a blessed day! PEACE!

Love,
Little Rose

Comments

Popular posts from this blog

MUST KNOW - Psyllium Husk

Wishing Myself a Happy Birthday!!!

I have a dream...