Perjumpaan belia bulan lalu tidak sukses dan amat mengecewakan saya. Ada rasa seperti ingin putus asa saja tapi ada beberapa komen membina daripada rakan-rakan blogger yang mengembalikan semula semangat saya. Setelah berfikir dan cuba untuk merancang sesuatu supaya para belia dapat memperoleh ilmu baru dan pengalaman baru sewaktu cuti sekolah pada bulan Mac ini, saya mencari info di internet berkaitain dengan baja kompos.
Pada 2hb yang lalu jabatan kami telah bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Daerah, membuat demonstrasi Kempen Bumi Hijau di kawasan perumahan SFI. Sambutan amat menggalakkan daripada penghuni perumahan di mana seramai lebih kurang 80 orang telah hadir. Melihat kepada situasi ini, saya merasakan para belia boleh membuat sesuatu kerana permintaan untuk mendapatkan baja organik akan mengingkat daripada para peserta Kempen Bumi Hijau ini.
Oleh itu, saya bercadang untuk membuat percubaan membuat baja kompos Takakura Home Method bersama dengan Kumpulan Belia ini. Berjaya atau tidak, yang penting kami mencuba. Sekiranya berjaya, baja kompos ini akan dijual dan pendapatan akan menjadi sumber kewangan kepada Kumpulan Belia ini. Di sini saya kongsikan sedikit informasi yag telah saya peroleh daripada internet tentang bahan-bahan THM dan juga langkah-langkah membuatnya. THM sangat berguna dan boleh dilakukan sendiri di rumah. Oleh itu, saya berharap agar informasi ini juga boleh digunapakai oleh rakan-rakan blogger yang lain. Marilah kita sama-sama mengurangkan sisa buangan sampah dari dapur kita.
Bahan-bahan:
1.Tempe
2.Gula merah (250g)
3.Air (3L)
4.Sudip
5.Balang kaca kedap udara (4L)
Bahan-bahan Persediaan THM Komos:
1.Kotak (penyimpan fungi)
2.Sekam (1kg)
3.Tanah (2kg)
4.Bekas pengkomposan
5.Sisa-sisa makanan yang dipotong
Langkah-Langkah Penyediaan:
•Penyediaan Cecair Penapaian
1.Sukat air paip sebanyak 3l.
2.Masukkan air ke dalam balang kaca kedap udara.
3.Masukkan gula merah.
4.Gaulkan gula merah sehingga rata.
5.Masukkan tempe (tempe dipecah-pecahkan menjadi cebisan kecil).
6.Gaulkan sehingga sebati.
7.Cecair penapaian disimpan selama 3-5 hari sebelum boleh digunakan.
•Penyediaan Fungi
1.Sediakan tanah 2kg.
2.Sediakan sekam padi 1kg.
3.Campurkan tanah dan sekam padi sehingga sebati dengan nisabah 2:1 ke dalam bekas penyimpanan.
4.Masukkan cecair penapaian yang telah disimpan selama 3-5 hari ke dalam campuran tanah dan sekam padi sedikit demi sedikit.
5.Gaulkan rata sehingga boleh dikepal dengan tangan.
6.Untuk mengetahui campuran tersebut sebati dan mencukupi, ianya boleh dikepal (dibentuk).
7.Bekas penyimpanan tersebut ditutup rapat dan disimpan selama 7 hari.
•Proses Pengkomposan
1.Fungi penapaian setelah 7 hari disimpan.
2.Fungi tersebut dipindahkan ke dalam bekas pengkomposan dengan kadar 60% dari tinggi bekas tersebut.
3.Sisa makanan diletakkan (bagi memperceptkan lagi proses ini makanan tersebut ditanam sedalam 5cm dari permukaan).
4.Selepas meletakkan sisa makanan, bekas pengkomposan ditutup dengan kain bagi mengelakkan serangga atau ulat.
Selamat Mencuba!!!
With Love,
Little Rose
Friday, March 04, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Disclaimer
The materials in this blog is a personal thoughts, ramblings from the author with some link to the other sources website.
Reproduction, distribution, republication, and/or retransmission of material contained within this blog are prohibited unless the prior written permission from author of this blog.
(c) rosesdailyjournal.blogspot.com / rose.ragai@gmail.com
0 comments:
Post a Comment