Pilihan Raya Umum ke-15
Photo Credit to Berita Harian |
Pilihan Raya Umum Malaysia telah berlangsung pada hari Sabtu, 19 November 2022. Setelah hampir tiga hari berlalu dan keputusan juga telah diumumkan, nampaknya kerajaan baru belum lagi dapat ditubuhkan. Pada ketika ini, banyak desas-desus yang kedengaran dan semoga kerajaan baru yang akan terbentuk dapat menerajui negara ke arah kegemilangan, demi rakyat dan negara. Yang Dipertuan Agong telah memperkenankan permohonan presiden parti-parti untuk menerima kunjungan mereka pada hari ini. Semoga perbincangan di antara parti juga akan mempertimbangkan kepentingan rakyat dan negara, bukan hanya semata-mata kerana kepentingan peribadi.
Sebagai rakyat Sarawak yang lahir di kawasan pedalaman Sarawak, terdapat beberapa perkara yang saya rasa perlu diubah dan ditingkatkan kualitinya.
- Kemudahan asas prasarana - jalan raya, jambatan (Sarawak mempunyai banyak sungai yang menyebabkan kawasan terpisah dan terasing antara satu sama lain), elektrik, air bersih dan sekolah.
- Hak Tanah Orang Asal - penyukatan semula sempadan kawasan tanah yang dituntut oleh orang asal Sarawak yang mempunyai konflik. Bantuan kerajaan sangat diperlukan untuk mengiktiraf hak orang kampung dan sila pertimbangkan untuk meminda semula Land Code (Chapter 81), 1958 berkaitan dengan hak tanah adat atau NCR.
- Pendidikan untuk semua - terutama sekali anak-anak Sarawak yang masih lagi tinggal di kawasan pedalaman yang sukar untuk keluar ke bandar untuk melanjutkan pelajaran mereka selepas tamat pendidikan di peringkat sekolah rendah.
Comments
Post a Comment