Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Monday, November 21, 2022

Pilihan Raya Umum ke-15

 

Photo Credit to Berita Harian 

Pilihan Raya Umum Malaysia telah berlangsung pada hari Sabtu, 19 November 2022. Setelah hampir tiga hari berlalu dan keputusan juga telah diumumkan, nampaknya kerajaan baru belum lagi dapat ditubuhkan. Pada ketika ini, banyak desas-desus yang kedengaran dan semoga kerajaan baru yang akan terbentuk dapat menerajui negara ke arah kegemilangan, demi rakyat dan negara. Yang Dipertuan Agong telah memperkenankan permohonan presiden parti-parti untuk menerima kunjungan mereka pada hari ini. Semoga perbincangan di antara parti juga akan mempertimbangkan kepentingan rakyat dan negara, bukan hanya semata-mata kerana kepentingan peribadi. 

Sebagai rakyat Sarawak yang lahir di kawasan pedalaman Sarawak, terdapat beberapa perkara yang saya rasa perlu diubah dan ditingkatkan kualitinya.

  1. Kemudahan asas prasarana - jalan raya, jambatan (Sarawak mempunyai banyak sungai yang menyebabkan kawasan terpisah dan terasing antara satu sama lain), elektrik, air bersih dan sekolah. 
  2. Hak Tanah Orang Asal - penyukatan semula sempadan kawasan tanah yang dituntut oleh orang asal Sarawak yang mempunyai konflik. Bantuan kerajaan sangat diperlukan untuk mengiktiraf hak orang kampung dan sila pertimbangkan untuk meminda semula Land Code (Chapter 81), 1958 berkaitan dengan hak tanah adat atau NCR. 
  3. Pendidikan untuk semua - terutama sekali anak-anak Sarawak yang masih lagi tinggal di kawasan pedalaman yang sukar untuk keluar ke bandar untuk melanjutkan pelajaran mereka selepas tamat pendidikan di peringkat sekolah rendah. 
Tiga perkara di atas adalah asas kepada peningkatan kualiti hidup masyarakat di luar bandar kerana kehidupan mereka masih lagi sangat bergantung kepada tanah. Terdapat banyak lagi perkara lain yang saya rasa turut penting untuk dipertimbangkan termasuklah pasca-covid, mempertingkatkan peluang pekerjaan kepada keluarga yang terkesan daripada pandemik dan juga tindakan negara ke arah menangani perubahan iklim dunia. 

Akhir sekali, saya berharap dan berdoa agar kerajan baru yang ditubuhkan akan mempunyai pemimpin yang mampu berfikir ke arah Malaysia 10 tahun yang akan datang dan bukan hanya memikirkan keadaan pada masa sekarang sahaja. Fikirlah demi kepentingan rakyat dan negara. 

Sekian. 

Wednesday, June 10, 2020

Recovery Movement Control Order

Photo Credit to LITE (Malaysia) Facebook Page

Today is our first day of RMCO and i feel like everything getting back to normal. I noticed there were a lot more vehicles on the road this morning as i drive to work. This mean, heavier traffic and longer time to reach my office. Meanwhile, the coffee shop which i used to go for lunch have more chairs and tables for people to dine in. Thus, more people in the shop too. The same thing in the office, most of us are returning to office and less working from home. The office no longer looks like a haunted building anymore. However, most of my co-worker left office early and when the clock tick five, i already left alone. 

I notice people are practicing social distancing at their best but i believe we love chit chatting. When everyone get excited with the conversation, we tend to forget about the distance anymore. Lucky that most of us are using face masks, so we kind of protect each other from our own saliva. LOL. Most of the premises also still taking body temperature to ensure they only allowed healthy people to enter their premise. 

We hope for the best! May this COVID19 pandemic end smoothly and everyone will have a peace of mind and heart.